Sepetang Di Teluk Rajuna
pada 04 Julai 2012,(Rabu), dalam keadaan cuaca yang merimbun mendung, aku dan pok nik telah ke spot teluk rajuna atau lebih dikenali dengan panggilan "TTeluk JJunoa". Lebih Kurang jam 4.15 petang, Pok nik tiba di rumah aku dan kami bersama bertolak ke Rumah Ihsan untuk mendapatkan sedikit udang gelama untuk kami jadikan umpan...
Setibanya kami dirumah ihsan, hanya ada RM2 je Udang atau lebih kurang 30 ekor saje udang yang ada... banyak tu pun jadi lah...
kami teruskan perjalanan melalui kg tok sadang menghala ke kuala besar. asar sudahpun masuk di pertengahan perjalanan kami... Hujan pun makin menjadi2...jadi kami Solat dulu di surau pengkalan hassan dan kemudiannya minum bersama di kedai haassan bersama dengan POK Li (Adik Pok Nik Sir).
Kami memulakan balingan pancingan dari atas bot kira2 jam 5.30 petang. spot yang pertama iaitu di muara kuala tidak membuahkan hasil... dan dalam jam 6.30 kami beralih ke spot batu di teluk juno untuk menduga nasib... alhamdulillah, membuahkan hasil... bila pok nik orang pertama menaikkan ikan duke yang hampir mencecah 3kg.. besar tu.. pok nik biasa lah, ikan besar mana pun yang datang dia pastinya tersenyum dan suka ala2 manja dia... hahhahah... Hujan pun turun juga renyai2...
Dan kemudiannya kami bergilir mengangkat Gelama pelbagai jenis.... Pokli pun ada juga hasil... gelama saiz C... dan sehabisnya umpan dalam jam 7.50, kami naik ke darat untuk solat Maghrib... dan hasil tangkapan kali ini walau tidak seberapa, namun kami berdua tetap berpuas hati... dan menikmatinya sebagai hobi di petang hari.. bye semua......!!
Harrah's Cherokee Casino & Hotel - Mapyro
ReplyDeleteFind Harrah's Cherokee 세종특별자치 출장샵 Casino & Hotel (Things to Do) 김해 출장샵 location in Cherokee, NC on Mapyro. Harrah's Cherokee 안산 출장마사지 Casino 충청북도 출장안마 & Hotel, Cherokee. 경주 출장마사지