Gambar di atas merupakan set yang biasa digunakan bagi memancing sotong torak. Berikut adalah petunjuk bagi rajah di atas:
A-Klip logam (Kekili)
B-Candat mayat merah putih jenis luminous
C-Candat timah atau batu ladung.
Pok Nik syorkan
anda menggunakan candat kepala merah berbadan putih jenis luminous.
Candat jenis ini memang nampak tidak menarik tetapi sebenarnya power. Jenis biasa tanpa luminous lebih murah tetapi kurangganas. Candat ini dijual dalam set-set tertentu dan mudah dijumpai di kedai-kedai pancing di Terengganu.
Candat kepala merah yang power
Cara mengikat candat di atas ke tali perambut sama seperti mengikat mata kail apollo.
Kalau tak tahu.. minta tolong mereka yang mahir. Anda boleh memasang
seberapa banyak candat yang anda mahu jika anda mampu mengendalikan tali
kusut dengan baik. Untuk junior, Abe Din cadangkan anda memasang di antara 3 hingga 5 candat.
Jangan pasang
candat terlalu dekat antara satu sama lain. Dibimbangi candat bawah dan
atas akan tersangkut bersama. Disebabkan sotong torak mempunyai badan
yang panjang, perlu diambil kira panjang berkenaan dalam menganggar
jarang antara candat. Jika teknik ini tidak dipatuhi, sotong yang
terkena candat akan tersangkut pula pada mata candat di bahagian ekornya
dan peluang pemancing untuk mendapatkan lebih sotong dalam satu masa
akan terjejas.
Candat timah
Candat di atas
diletak di bahagian paling bawah tali perambut. Tujuannya untuk
memastikan tali perambut sentiasa berada di dalam keadaan tegak, melurus
ke bawah. Jika candat di atas tiada, anda boleh gantikan dengan batu
ladung yang bersesuaian saiznya. Jika batu ladung digunakan.. tentunya
tiada sotong yang sudi menyambar batu ladung berkenaan. Setakat ini,
candat timah berwarna merah merupakan candat yang paling berjaya
menambat hati sotong.
Ketika anda
menurunkan candat, pastikan anda menurunkan candat timah terlebih
dahulu. Turunkan secara perlahan-lahan. Tindakan tergesa-gesa akan
menyebabkan tali anda berpintal. Proses meleraikannya memang
menyiksakan batin kerana orang lain sedang sibuk menaikan sotong sambilmemprovokasi emosi anda.
Jika sotong memegang candat anda, layan seperti biasa dengan drag kekili
dilaras mengikut berat sotong. Jika anda menggunakan serek, rapatkan
tali pada tepi bot dan lepas tali secara terkawal jika henjutannya
semakin keras dan kuat. Bila tiada tarikan... anda perlu tarik tali
perlahan-lahan. Jangan tarik sotong seperti menarik ikan ... jika
bernasib baik anda akan dapat double atau triple..
Selepas sotong
pertama dinaikkan. Jangan membuang masa... turunkan candat dengan
segera. Sotong torak makan mengikut pergerakan arus. Jika kumpulannya
berada di bawah bot anda, semua pemancing akan merasa tarikan sotong.
Untuk menaikkan semangat anda, bayangkan sotong berkenaan akan menjadi
sotong bakar yang enak apabila anda tiba di daratan nanti..
Jangan terkejut
jika sotong jenis lain juga dinaikan. Sotong yang biasa bermain bersama
sotong torak termasuklah sotong ketupat dan sotong jarum. Sotong mabang
sangat jarang dan hampir tiada kerana sotong ini suka bermain di
kawasan berstruktur.
Jika anda pergi
mencandat nanti, jangan lupa mengambil gambar yang cantik-cantik. Akhir
kata, selamat memancing.. dan selamat mencandat. Jumpa lagi.