Assalamu'alaikum wrt wbt kpada semua pelawat laman pancingb12 ini... segala maklumat yang disediakan di laman ini adalah untuk rujukan, diari dan perkongsian ilmu aku dan ahli kelab sahaja... jika ada sebarang teguran atau cadangan bolehlah salurkan kepada pancingb12@gmail.com. tq....

Tuesday 26 June 2012

Teknik ikatan mata candat sotong

Gambar di atas merupakan set yang biasa digunakan bagi memancing sotong torak. Berikut adalah petunjuk bagi rajah di atas:
A-Klip logam (Kekili)
B-Candat mayat merah putih jenis luminous
C-Candat timah atau batu ladung.

Pok Nik syorkan anda menggunakan candat kepala merah berbadan putih jenis luminous. Candat jenis ini memang nampak tidak menarik tetapi sebenarnya power. Jenis biasa tanpa luminous lebih murah tetapi kurangganas. Candat ini dijual dalam set-set tertentu dan mudah dijumpai di kedai-kedai pancing di Terengganu.

Candat kepala merah yang power
Cara mengikat candat di atas ke tali perambut sama seperti mengikat mata kail apollo. Kalau tak tahu.. minta tolong mereka yang mahir. Anda boleh memasang seberapa banyak candat yang anda mahu jika anda mampu mengendalikan tali kusut dengan baik. Untuk junior, Abe Din cadangkan anda memasang di antara 3 hingga 5 candat.

Jangan pasang candat terlalu dekat antara satu sama lain. Dibimbangi candat bawah dan atas akan tersangkut bersama. Disebabkan sotong torak mempunyai badan yang panjang, perlu diambil kira panjang berkenaan dalam menganggar jarang antara candat. Jika teknik ini tidak dipatuhi, sotong yang terkena candat akan tersangkut pula pada mata candat di bahagian ekornya dan peluang pemancing untuk mendapatkan lebih sotong dalam satu masa akan terjejas.
Candat timah
Candat di atas diletak di bahagian paling bawah tali perambut. Tujuannya untuk memastikan tali perambut sentiasa berada di dalam keadaan tegak, melurus ke bawah. Jika candat di atas tiada, anda boleh gantikan dengan batu ladung yang bersesuaian saiznya. Jika batu ladung digunakan.. tentunya tiada sotong yang sudi menyambar batu ladung berkenaan.  Setakat ini, candat timah berwarna merah merupakan candat yang paling berjaya menambat hati sotong.

Ketika anda menurunkan candat, pastikan anda menurunkan candat timah terlebih dahulu. Turunkan secara perlahan-lahan. Tindakan tergesa-gesa akan menyebabkan tali anda  berpintal. Proses meleraikannya memang menyiksakan batin kerana orang lain sedang sibuk menaikan sotong sambilmemprovokasi emosi anda.
Jika sotong memegang candat anda, layan seperti biasa dengan drag kekili dilaras mengikut berat sotong. Jika anda menggunakan serek, rapatkan tali pada tepi bot dan lepas tali secara terkawal jika henjutannya semakin keras dan kuat. Bila tiada tarikan... anda perlu tarik tali  perlahan-lahan. Jangan tarik sotong seperti menarik ikan ... jika bernasib baik anda akan dapat double atau triple..

Selepas sotong pertama dinaikkan. Jangan membuang masa... turunkan candat dengan segera. Sotong torak makan mengikut pergerakan arus. Jika kumpulannya berada di bawah bot anda, semua pemancing akan merasa tarikan sotong. Untuk menaikkan semangat anda, bayangkan sotong berkenaan akan menjadi sotong bakar yang enak apabila anda tiba di daratan nanti..

Jangan terkejut jika sotong jenis lain juga dinaikan. Sotong yang biasa bermain bersama sotong torak termasuklah sotong ketupat dan sotong jarum. Sotong mabang sangat jarang dan hampir tiada kerana sotong ini suka bermain di kawasan berstruktur.

Jika anda pergi mencandat nanti, jangan lupa mengambil gambar yang cantik-cantik. Akhir kata, selamat memancing.. dan selamat mencandat. Jumpa lagi.

Wednesday 20 June 2012

Jenis Ikatan & Kesesuaiannya

Simpulan Opposed Nail

IKATAN ini sesuai untuk menyambung dua tali saiz yang sama ataupun berbeza.

Reverse Twist Blood Knot

SIMPULAN ini sesuai untuk menyambung dua tali dan mampu memikul beban yang berat serta tidak mudah terlucut.

Ikatan Lefty's Loop

SIMPULAN ini sesuai untuk pancing layang kerana ia akan memudahkan pergerakan mata kail. Ia mudah untuk dilakukan malah tidak mudah putus ataupun terlucut.

Simpulan Turle

SIMPULAN ini sesuai digunakan untuk mengikat tali pancing layang (fly fishing) bagi memastikan ikatan kemas.

Simpulan Duncan’s Loop

Peter Hayes, mencadangkan simpulan Duncan’s Loop untuk memudahkan ikatan ketika memancing cara layangan.

Cara membuat ikatan Bimini Twist

SOAL: Saya ingin mengetahui cara membuat ikatan 'Bimini Twist'.

Ikatan Shock Tippet & Leader Knot

SIMPULAN ini terbukti begitu kukuh untuk menyambung dua tali pancing mono utama yang memiliki ketebalan berbeza dengan perambut tanpa terlerai siap dengan seutas tiub.

Simpan joran 10 tahun

Apakah joran yang sudah 10 tahun tidak pernah digunakan dan disimpan dalam kedai serta tidak terdedah pada cahaya, masih kuat dan boleh digunakan?

Tangsi boleh anjal sehingga 25 peratus

SOAL: Saya berminat menggunakan tali tangsi berbanding tali sulam. Boleh jelaskan kebaikan dan ciri-ciri yang terdapat pada tali tangsi berbanding tali sulam dan juga proses pembuatannya.

Simpulan Slim Beauty

SIMPULAN ini lazimnya digunakan untuk menyambung tali pancing mono utama yang memiliki ketebalan berbeza.

Simpulan Blood Knot

SIMPULAN ini sesuai untuk digunakan menyambung dua tali pancing mono yang memiliki ketebalan berbeza.

Cara membuat ikayan bentuk T

SOAL: Bagaimana hendak membuat ikatan bentuk T supaya mata kail, pelampung atau batu ladung tidak berbelit sesama sendiri.

Tali tangsi ada 25 peratus lebihan regangan

SOAL: Apakah kelebihan tali tangsi berbanding tali sulam? Bagaimana memeriksa tangsi apabila tiba masa untuk ditukar?

Simpulan Wind On Dacron Leader

SIMPULAN ini sesuai untuk mengikat tali yang bersaiz lebih tebal atau menyambung dua tali. Caranya:

Patin Rompin jinak apabila air surut

MUADZAM SHAH: Sepetang melepaskan gian mencari udang galah setelah beberapa hari tidak dapat turun akibat air sungai keruh dan naik secara mendadak. Dalam perjalanan menuju ke lokasi lubuk, kami terserempak beberapa pemancing tempatan dan luar. Kami sempat merakamkan pertarungan seorang nelayan tempatan dengan patin selama hampir 20 minit untuk menewaskannya.

Kesan tali dan perambut sama tebal

Saya menggunakan tangsi 30 paun manakala perambut juga 30 paun. Adakah ia sesuai atau ada ukuran tertentu untuk pedoman saya yang minat memancing di pantai. Bolehkah kekili menegak digunakan untuk joran mendatar?

Sentiasa baca surah al-Fatihah

AMALAN yang baik itu pastinya mendapat ganjaran Allah. itulah janji Allah kepada hamba-Nya dan hanya kepada mereka yang mahu mengerti. Justeru, atas keyakinan ini terdorong untuk melakukan beberapa amalan baik oleh kumpulan pemancing dengan berkumpul sebelum memulakan ekspedisi atau pemburuan kemudian membaca doa dan mohon kesejahteraan serta keselamatan Allah di samping mohon rezeki dan keberkatan yang berkekalan dalam setiap aktiviti mereka.

Tiga waktu terbaik untuk memancing

BERTANYAKAN waktu paling baik untuk menjalankan aktiviti memancing di laut selain kena lubuknya, umpan dan air pasang surut maka beberapa pakar veteran nelayan yang sempat ditemui sependapat bahawa masa paling sesuai untuk memancing ialah pada waktu senja sebelum matahari terbenam di kaki langit, tengah malam dan waktu awal pagi sebelum terbit fajar.

Tiga waktu pilihan yang disebutkan di atas berdasarkan pengalaman nelayan yang hidup mereka sebati dengan laut atau paling tepat diterjemahkan bahawa laut adalah pintu rezeki mereka. Kerana itu pelbagai usaha dilakukan bagi mengenal pasti untuk meraih rezeki seharian pada tahap maksimum.

Justeru, Petua Pok Nik kali ini cuba mengaitkan tiga faktor masa yang disebutkan di atas untuk kita berkongsi sambil menentukan arah tuju petua lama dan baru yang boleh diguna pakai pada zaman moden ini.

Walaupun perubahan sentiasa berlaku, petua tetap petua. Cuma soal mengamalkan petua itu saja yang mula dilupakan oleh generasi muda hari ini, termasuklah tekong dan pemancing muda (tidak semua). Ini kerana peralatan moden seperti pengesan GPS dan sonar dalam banyak kelebihan berjaya mematahkan keupayaan petua. Namun bukan semua petua dapat dipatahkan kerana petua adalah amalan yang dihasilkan daripada gerak rasa serta suasana sekeliling dan alam semula jadi.

Petua kembali semula pada tiga masa terbaik memancing sekali pun tidak pada musim air mati. Waktu senja pilihan pertama, kerana pada waktu ini ikan akan keluar mencari makan dan akan berada dalam kawasan karang, lubuk atau tukun.

Pilihan kedua pada waktu tengah malam. Ini kemungkinan ada spesies ikan besar keluar mencari makanan seperti anak ikan sama ada di dasar laut mahu pun di permukaan air yang dihuni oleh banyak spesies ikan kecil bermain. Tetapi ada risikonya mengenai arus air yang deras yang bakal kita hadapi.

Terbaik ialah pada waktu awal pagi yang bermula 4 hingga 6 pagi. Ini kerana pada waktu itu ikan akan keluar semula mencari makan dalam keadaan lebih ganas. Begitulah pengakuan orang lama yang sudah sebati hidupnya dengan laut.

Ada juga yang memilih air mati yang ada kalanya berbeza dari satu kawasan dengan kawasan lain. Tetapi petua tetap petua dan baik untuk diamalkan.

Carilah tiga waktu ini untuk memancing di lubuk, karang atau tukun yang sudah dikenal pasti selain faktor umpan terbaik dan teknik memancing juga perlu dilakukan selaras dengan cita rasa alam sekitarnya bagi menjamin tangkapan lumayan

ISTILAH KAKI PANCING

1- AIR BESAR
Keadaan di mana paras air tertinggi pada permulaan bulan dan bulan penuh/mengambang

2- AIR MATI
Keadaan dimana paras surut adalah rendah 7 dan 21 bulan hijrah

3- BATU LADUNG
Pemberat yang digunakan semasa memancing, selalunya dibuat daripada timah

4- BORON
Gelaran ikan Kertang/Kerapu Besar

5- CINCIN
Cincin yang terdapat pada batang pancing untuk memudahkan tali melaluinya.

6- GEWANG
Umpan Tiruan daripada kayu, plastik, besi, getah lembut berbentuk/menyerupai ikan sebenar dan memiliki matakail di bahagian badan.

7- KAPAL SELAM
Gelaran untuk Aruan Tasik

8- Otai @ Raja
Orang lama yang berpengalaman dalam dunia memancing.

9- LUBUK
Kawasan berpotensi mempunyai habitat sasaran pemancing.

10- PANCING LAYANG
Gaya pancingan menggunakan umpan layang..

11- BBUNUH
Seseorang yang mempunyai hasil pancingan yang memberansangkan.

10- PANCING LAYANG
Gaya pancingan menggunakan umpan layang..